Pemimpin Umno desak Nurul Izzah dikenakan tindakan, kerana dedah 30 SB di London


http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/Nurul-Izzah-020913-TMI-Afif_540_360_100.jpg 

(TMI) – Tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) mendedahkan terdapat 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) yang diletakkan di London perlu dikenakan tindakan undang-undang bagi menjamin rahsia keselamatan negara terpelihara, kata seorang pemimpin Umno.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

“Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan.

“Pihak berkuasa harus menyiasat bagaimana Nurul Izzah tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu adalah rahsia strategi keselamatan negara,” katanya dipetik daripada blog Umno Cheras.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-desak-nurul-izzah-dikenakan-tindakan-kerana-dedah-30-sb-di-lo 



Comments
Loading...