Ke mana PAS selepas muktamar ini?


Polisi warisan ini eolah-olah tidak ke mana, adakah mahu terus kekal sebagai tradisional atau menjadi lebih liberal? 

Muda Mohd Noor, FMT

Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999 menjadikan PAS semakin terbuka.  Parti Islam itu semakin menghampiri menjadi sebuah parti politik yang moden.

Moden yang yang dimaksudkan itu bukan dari pakaian. PAS bukan lagi sebuah gerakan politik kampung, yang ahlinya petani, nelayan mahupun buruh kasar serta guru agama lepasan sekolah pondok.

PAS moden ini dipenuhi rofesional yang terkandung di dalamnya jurutera, ahli perniagaan, akauntan dan sebagainya. Sebahagian pimpinan telah menguasai polisi parti.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu adalah kumpulan profesional, begitu juga tiga Naib Presiden iatu Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa. Episod itu mahu diulangi pada muktamar 22 November ini.

Apa yang pasti PAS kini semakin terbuka supaya menghampiri polisi Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR dan DAP.  Tidak syak lagi PAS meninggalkan tradsional kerana memenuhi keinginan rakan kongsinya itu.

Namun ahli PAS telah berada di peringkat persimpangan. Mereka perlu membuat keputusan untuk menentukan hala tuju – moden atau sebaliknya.

Sebahagiannya bimbang kerana permodenan parti akan menyebabkan meminggirkan golongan veteran yang bukan berkelulusan profesional semakin terpinggir.

“Saya mahu PAS yang lama, iaitu PAS yang Islam,” kata Rosli Idris, berusia 73 tahun seorang ahli PAS di Titiwangsa.

“Tetapi PAS hari ini telah menjadi parti untuk orang bijak pandai. Saya bimbang golongan seperti saya tidak lagi berguna,” katanya yang dihubungi hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...