Harun Taib mahu PAS laksana Islam tanpa takut


Sheridan Mahavera, TMI 

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan tiada tempoh tertentu bagi PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud dan menyeru pemimpin serta aktivis parti itu untuk jelas dan lantang dengan pendirian tersebut.

Biarpun beliau tidak menyebut secara terangan-terangan nama yang diperkatakan itu, Harun turut mengkritik rakan Pakatan Rakyat yang meminta PAS membatalkan pendaftaran parti itu kerana berdasarkan agama, sebaliknya menggesa rakan dalam pakatan pembangkang itu untuk menerima Islam sebagai sebuah ideologi yang mampu mengukuhkan perpaduan kepelbagaian kaum.

Harun berkata demikian dalam reaksinya apabila melihat wujud trend yang kerap membangkitkan konsep negara Islam dan undang-undang jenayah hudud PAS terutama pada musim pilihan raya umum lalu.

Menurut Harun, kenyatan demikian sering dimainkan bagi memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang boleh menarik golongan pengundi terdiri daripada Melayu moderan dan bukan Islam.

“Kita tidak mahu ada ahli kita yang takut untuk mengakui kepayahan kita melaksanakan undang-undang Islam kerana mengambil kira negara yang diduduki  pelbagai kaum dan agama semasa Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam dilakukan dengan suasana negara di mana yang mempunyai kepelbagaian dan masyarakat kita tidak boleh lemah hanya kerana perbezaan agama dan kaum, ” katanya semasa ucapan pembukaan di Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam hari ini.

Rakan PAS dalam PR, DAP, dilihat kurang senang apabila PAS cuba berkempen untuk mengubah Malaysia menjadi negara Islam dan mahu melakasanakan hukum hudud bagi negeri yang ditadbir PR.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...