Antara Ambiga, Anwar dan Maria


Empire Strikes Back

Masalah dalaman BERSIH bukanlah sesuatu yang baru. Desas-desus mengenai Ambiga mahu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi BERSIH bermula sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 2011 lagi.

Dikhabarkan bahawa Ambiga mahu berbuat demikian kerana sudah tidak lagi boleh bertolak ansur dengan campurtangan politik daripada Pakatan Rakyat yang beria-ia mahu menjadikan BERSIH sebagai anggota keempat pakatan tersebut.

Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa Ambiga adalah pilihan kedua Anwar dan Ambiga dipilih menjadi pengerusi setelah calon pilihan Anwar Ibrahim menolak untuk terlibat dengan pergerakan itu. Individu yang menjadi pilihan utama Anwar bagi jawatan tersebut menolak kerana merasa tidak senang dengan sumber pembiayaan BERSIH. Mungkin ada yang tahu individu tersebut cuma tidak manis rasanya untuk menyatakan nama beliau di sini.

Manakala Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam pula, yang dulunya adalah seorang pro-kerajaan menerima ‘lamaran’ Anwar dengan tangan terbuka kerana didorong rasa kecewa apabila kerajaan tidak menyokong permohonan beliau untuk satu kekosongan jawatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi, hakikat bahawa Ambiga tidak lagi mahu menjadi Pengerusi Bersih adalah sesuatu yang telah dijangkakan apabila menyatakan dia pasti akan bersara tetapi hanya akan berbuat demikian hanya selepas pilihan raya umum Mei 2013 bagi tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya berkenaan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...