Kelangsungan ‘Anwaristas’ dalam PAS


Empire Strikes Back

Menyorot kembali sejarah penubuhan PAS, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa PAS lahir dari apa yang dimulakan sebagai Parti Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin).

Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 17 Mac 1948 adalah parti yang ditubuhkan oleh golongan ulama yang mengambil keputusan meninggalkan Umno kerana merasakan bahawa Umno tidak cukup Islamik dan antara individu yang bertanggungjawab atas pembentukan Hizbul Muslimin adalah datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Syeikh Abdullah Fahim.

Sebelum pilihan raya umum 1955, dua tahun sebelum merdeka, Hizbul Muslimin telah didaftarkan semula di bawah nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Islam se-Malaysia atau PAS hanya wujud sekitar tahun 1970-an sewaktu era Mohamad Asri Muda.

Muhammad Asri Muda adalah seorang guru dan juga wartawan sebelum memasuki arena politik dan Asri juga adalah presiden parti yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1973. Asri adalah apa yang dipanggil sebagai golongan Erdogan dalam PAS ketika ini, iaitu pemimpin yang bukan dari golongan ustaz atau ulama.

Sekali lagi, kerana perbezaan pendapat dengan parti pemerintah mengenai Islam, PAS mengambil keputusan meninggalkan Barisan Nasional pada 1978.

Seterusnya pada 1982, Yusof Rawa, seorang ulama telah dipilih untuk memegang jawatan presiden parti selepas golongan ulama dalam PAS bertindak ‘menggulingkan’ Asri.

Asri bukanlah satu-satunya pemimpin bukan ulama yang ditolah oleh parti.  Mustafa Ali atau ‘ Cikgu Pa’ , bekas guru sekolah seperti Asri , juga mendapati bahawa dia tidak boleh menjawat jawatan teratas dalam parti dan hanya boleh berpuas hati sebagai penasihat dan strategi politik kepada Tok Guru Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Walaupun Mustafa adalah pemikir dibelakang kedua-dua ulama tersebut, namun Mustafa tidak boleh menjadi lebih daripada seorang de facto atas alasan beliau bukanlah seorang ulama.

Ini sebenarnya adalah satu trend dalaman PAS. Ia akan melakukan apa yang di lihat sebagai satu proses pembersihan apabila golongan yang di label sebagai lebih liberal atau bukan daripada golongan ulama semakin berkuasa di dalam parti. Perkara yang sama berlaku pada pemimpin PAS Selangor, Khalid Samad.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...