Najib tayang video dedah Anwar bohong isu pengundi Bangladesh


Mohd Farhan Darwis, TMI

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menayangkan video beberapa kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno membawa masuk lebih 40,000 pengundi dari Bangladesh ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Video yang ditayangkan ketika Najjib sedang memberikan ucapan dasar di hadapan perwakilan Umno dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dilihat memetik kenyataan Anwar yang pernah disiarkan media pro pembangkang seperti Suara Keadilan, TV Selangor, dan KiniTV.

“Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berbohong dan berkalam dusta!” kata Najib sejurus tamat tayangan video berkenaan.

Perdana Menteri itu berkata, isu berkenaan sengaja ditimbulkan kerana pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tidak henti-henti mencanangkan kepada pengundi bahawa Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi parti pemerintah.

“Perkara ini tampaknya kita tidak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya,” kata Najib.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...