Syiah: “Momok baru” untuk kuasai Melayu


http://1.bp.blogspot.com/-PtflSd2xYfU/TvUny_hvEeI/AAAAAAAABDs/x7xoGK7W9Ho/s1600/DSCF8344.jpg


Amin Iskandar, TMI

Di antara sebab mengapa penjajah dapat menguasai tanah ini selama ratusan tahun adalah kerana kebodohan penduduk setempatnya. Selepas beberapa ratus tahun dijajah, barulah timbul kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Maka tidak hairanlah mengapa Malaysia hanya diperintah oleh parti politik sama semenjak hari pertama negara mencapai kemerdekaan.

Jika dahulu komunis atau fahaman komunisme merupakan “momok” untuk menakut-nakutkan rakyat, kini muncul momok baru iaitu fahaman Syiah.

Walaupun perdebatan di antara Sunni-Syiah ini sudah lama selesai di peringkat antarabangsa di kalangan ulama-ulama muktabar, di Malaysia ia umpama isu baru.

Umno yang memerintah Malaya semenjak 1957 dan Malaysia semenjak 1963 amat faham dengan kepentingan momok untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang-orang Melayu.

Kemalasan majoriti orang-orang Melayu untuk membaca dan ketidakupayaan mereka untuk menyoal apabila diajarkan sesuatu oleh ustaz-ustaz “separuh masak” memudahkan momok-momok ini untuk terus hidup.

Dalam erti kata lain, Syiah merupakan talian hayat Umno untuk terus menguasai minda orang-orang Melayu bagi memastikan mereka terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dengan adanya fahaman Syiah, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia akan terlupa dengan kenaikan harga petrol, gula dan elektrik yang mereka hadapi.

Momok Syiah ini umpama candu mengkhayalkan. Memerangi Syiah boleh menyebabkan anda terlupa akan kelaparan dan hutang-hutang yang belum berbayar.

Perhimpunan Agung Umno 2013 menyaksikan fahaman Syiah menjadi bahan belasahan daripada perwakilan Umno seluruh negara.

Sehingga terdapat beberapa cadangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang hanya mengiktiraf Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Islam di dunia, termasuk Afghanistan semasa diperintah Taliban. 

http://i.imgur.com/eNmX2Iu.jpg 

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) semalam dalam ucapan penangguhannya menyahut cabaran itu apabila mengatakan perlembagaan parti itu akan dipinda menjadikan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah diiktiraf Umno.

Selepas ini, umat Islam di Malaysia yang menganut mazhab selain Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh lagi mengundi Umno kerana parti itu tidak mengiktiraf mereka, walaupun sebagai manusia. 


READ MORE HERE 



Comments
Loading...