Isu Kenaikan Harga : Berak Tengah Jalan, Pemimpin PKR Paksa Orang Lain Cuci


Toll-Approvals

 

 

MyMassa

Siang tadi MyMassa dedahkan bagaimana sebagai Menteri Kewangan, si ANU telah meluluskan berbelas projek lebuh raya yang mana perjanjian konsesi lebuh raya yang berat sebelah menyebabkan rakyat terpaksa tanggung bala yang diciptanya.

Sebenarnya bukan sahaja dalam perjanjian konsesi sahaja dia menyebabkan Kerajaan dan rakyat rugi, si ANU juga membuatkan Kerajaan terpaksa menggunakan SPANCO sebagai syarikat yang menyewakan kenderaan jabatan kepada Kementerian dan Agensi.

Kor Ming terkejut terima soalan ‘cepu mas’ wartawan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda DAP Perak, Nga Kor Ming menerima ‘kejutan’di sidang medianya sendiri, melibatkan perjanjian kontrak penyewaan kereta rasmi kerajaan, semalam.

Beliau sebelum itu meminta kerajaan mengkaji semula pemberiaan kontrak bernilai RM200,000 untuk tempoh 25 tahun dengan sebuah syarikat dan ingin tahu kenapa kontrak yang dilakukan tanpa tender terbuka.

Menurutnya, penrjanjian itu untuk menyewa 9,138 kereta bagikegunaan rasmi kerajaan seharusnya dilakukan secara tender terbuka,tetapi dibuat secara rundingan terus.

“Mengikut jawapan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kerajaan melantik syarikat itu bagi pengswastaan kereta salon kerajaan mulai 1 Janurai 1994 hingga 2019.Syarikat itu bertanggungjawab membekal, menyeleggara dan membaiki kereta yang dipajak oleh kerajaan dan kerajaan akan membayar sewa setiap bulan.

Kor Ming mendakwa kos penyelenggaraan sebuah kereta terbabit dianggarkan sehingga RM18,000 untuk tempoh setahun dan menyifatkannya ‘amat tidak masuk akal.’

Seorang wartawan kemudian bertanya Kor Ming siapakah Menteri Kewangan pada tahun 1994 dan kenapa itu masih diteruskan.

Apabila Kor Ming tidak menjawab soalan itu, segera wartawan itu berkata Menteri Kewangan ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang dan Anwar perlu memberi penjelasan.

Terkejut dengan kenyataan wartawan itu, Kor Ming berkata siasatan harus dilakukan terhadap kontrak itu dan semua pihak termasuk yang terlibat, termasuk Anwar mesti disiasat.

Sumber: Sinar Harian, Disember 3hb 2009

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...