Drama kecelaruan dalam DAP lagi hebat


Janice Lee2

Empire Strikes Back

Mungkin ada yang akan melabel ia sebagai hanya cakap-cakap orang yang kecewa, namun tuduhan yang dilemparkan oleh bekas ADUN Teratai, Janice Lee terhadap kepimpinan tertinggi DAP harus diambil kira jika kita mahu ‘mengenali’ DAP dengan lebih dalam.

DAP seperti tidak pernah reda dengan masalah dalaman walau yang demikian seringkali dinafikan. Mungkin ramai yang lupa mengenai perbalahan antara Teresa Kok dan bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy. Vellasamy menggesa Teresa Kok meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor kerana didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik serta bersikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat terutamanya berkaitan masalah kaum India. Selain itu juga, Vellasamy menyalahkan Kok sebagai punca perpecahan akar umbi DAP yang berlaku di Selangor.

Nama Ronnie Liu juga terheret sama apabila bekas juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min, menuduh Liu dan Kok bersubahat menyembunyikan salah laku pemimpin DAP Selangor walau Menteri Besar, Tan Sri Khalid telah mengarahkan keduanya menyiasat tentang aduan dari penduduk.

Aduan itu adalah berkaitan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Majlis Tempatan Kajang, Lee Kee Hiong, beberapa aduan terhadap Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Tiew Way Keng juga aduan berhubung dakwaan wujud penyelewengan berkaitan bayaran sewa Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Mungkin sukar bagi sesetengah pihak untuk melihat kepincangan didalam DAP namun apabila Janice Lee memberi amaran mengenai bagaimana DAP ketika ini berada didalam genggaman 4 sekawan (Gang of Four) seolah-olah mengiyakan desas desus mengenai DAP adalah parti anak beranak. Menyebut 4 nama besar dalam DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan juga Tan Kok Wai, Lee menyatakan bahawa empat nama tersebut adalah mereka-mereka yang menggunakan kuasa sepenuhnya dalam parti tanpa perlu merujuk lagi kepada perlembagaan parti.

Berbicara mengenai bekas ADUN Teratai dan juga bekas ahli DAP ini tidak kurang menariknya (walau Lee menyatakan bahawa rayuan bagi mempertimbangkan pemecatannya dari DAP masih dalam proses perbincangan). Bermula sebagai salah seorang pemimpin muda DAP yang menyinar dalam PRU12, Janice Lee mengambil keputusan bertanding di atas tiket bebas apabila namanya digugurkan dari senarai calon PRU13 atas alasan penyelewengan.

Kerana melanggar keputusan pucuk pimpinan DAP, Janice Lee telah dipecat daripada DAP dan perkara ini dinyatakan sendiri oleh Karpal Singh pada 22 April setelah Lee gagal menarik balik keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas. Namum Lee berkeras berkeras bahawa pemecatan beliau adalah tidak sah kerana keputusan tersebut dibuat oleh majlis CEC yang tidak diikhtiraf berikutan pengishtiharan Persuruhanjaya Pertubuhan Malaysia (RoS) bahawa Pemilihan CEC yang dibuat pada Disember 2012 adalah tidak sah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...