Pelbagaikan Sumber Pendapatan Negara


download

Kepada Y.A.B. P.M. yang Dihormati,

Salam 1Malaysia.

Ingin saya meluahkan sedikit sebanyak pandangan tentang caranya memperbagaikan sumber pendapatan dan mengelakkan kenaikan harga pada barangan atau perkhidmatan keperluan harian.

Demi mempelbagaikan sumber pendapatan, kerajaan BN haruslah bersedia memberi lesen-lesen yang membawa masuk cukai. Yang boleh dihalusi ialah lesen-lesen perjudian bola sepak. Saya tahu yang tindakan ini pernah ditampar atau dibantah kuat oleh pihak pembangkang. Pembantahan tersebut mungkin disebabkan pemberian lesen kepada kroni UMNO, dan bukannya dibuat secara “adil”.

Biar saya komen di sini biarpun lesen tidak diberi, masyarakat Cina terus berjudi bola sepak secara haram. Perjudian bola sepak ini sudah menjadi gejala hidup umum segelintir mereka. Adalah waras dan bernas, kerajaan memperlesenkan aktiviti ini untuk mengutip cukai.

Dalam pada itu, ingin saya komen tentang cara kerajaan memberi sedekah dalam BRIM. Caranya tidak disenangi para berpendidikan. Cuba bayangkan yang anak-anak muda Melayu dalam lingkungan umur 20 – 40 memohon. Golongan ini sepatutnya berdikari, berharga diri, bermaruah dan berusaha gigih mencari duit, dan bukannya meminta sedekah BRIM.

Jangan salah faham kalau saya kata yang cara DAP memberi sedekah RM100 kepada golongan tua itu lebih bernas dan waras. Saya tetap penyokong BN. Saya semamangnya ingin nampak sebuah kerajaan BN yang lebih dinamik dan progresif. Yang tua dan yang sudah bersara sememangnya patut diberi subsidi. Yang muda patutnya bekerja lebih keras mengecapi kejayaan. Alangkah malunya kalau pekerja-pekerja asing berupaya mencari duit yang lebih daripada anak-anak Malaysia. Mereka tidak memerlukan sedekah dan tahu berdikari.

Sila pertimbangkan cadangan-cadangan tersebut secara serius.

Janganlah biar kos hidup melonjak tinggi. Kenaikan harga atau inflasi tidak terkawal bercanggahan dengan objektif mencapai negara maju.

Yang ikhlas,
Fariq Islam



Comments
Loading...