Pemuda Pas Diminta Buat Demonstrasi Besar-besaran Di Pulau Pinang Dahulu


bekas-pas-hafiz-nordin-penang-pulau-pinang-anti-dap-parti-rasis-diskriminasi-300x199

Wan Hafiz Hamzah, Umno Online

Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin secara sinis meminta Pemuda Pas mengadakan demonstrasi di negeri itu terlebih dulu sebelum merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur bagi mengatasi kegagalan himpunan pada malam tahun baru semalam.

Ini memandangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh regim DAP hari ini sudah mula menaikkan cukai perkhidmatan yang jelas membebankan rakyat, khususnya bagi golongan yang berpendapat sederhana dan miskin di negeri tersebut.

Sebagai contoh, surcaj yang dikenakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kini naik seratus peratus. Begitu juga dengan beberapa perkara lain yang saya dimaklumkan akan turut naik bersempena tahun baru ini, yang ternyata memberikan bebanan kepada majoriti rakyat di negeri ini.

“Pemuda Pas juga perlu membuat demostrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng, yang bersetuju membeli kereta mercedes yang ratusan ribu harganya, bagi menggantikan kereta Camry yang baru saja dibeli kerajaan negeri tidak sampai empat bulan.

“Bukankah ini juga satu tindakan yang zalim dan juga pembaziran, di kala pembangkang mencanangkan kononnya rakyat di negara ini sengsara akibat tindakan kerajaan menaikkan harga barang, tetapi dalam masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang juga menaikkan kadar cukai perkhidmatan serta masih lagi boleh membazir membeli kereta rasmi yang ratusan ribu harganya,?” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...