Pemilihan PKR: Rafizi tanding Naib Presiden?


Surendran-Tian-Chua-Rafizi

Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Zabidi Saidi, FMT

Pada tahun lepas Umno, MCA, MIC, Gerakan, PAS, DAP , PBS, Upko sudah mengadakan pemilihan baru para pemimpinnya untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14. Kini tiba pula giliran PKR mengadakan pemilihannya pada hujung bulan ini.

Tumpuan tertarik kepada pemilihan pemimpin utama. Adakah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Presiden PKR dari tangan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR?

Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiga orang Naib Presiden ini dipilih oleh perwakilan manakala ada juga Naib Presiden yang dilantik seperti Dr Mansor Othman, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran.

Adakah Dr Mansor, Chua dan Surendan berminat merebut kerusi Naib Presiden PKR? Takkan mereka berpuas hati sebagai Naib Presiden yang dilantik sahaja? Dr Mansor bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatan Dr Mansor jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden PKR kerana sepanjang beliau menjafi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak menonjol. Malah di parlimen pun sebagai ahli parlimen Nibong Tebal beliau tidak hebat seperti Rafizi Ramli atau lain-lain ahli parlimen PKR.

Chua pula bekas Menteri Kesihatan yang kalah di Segamat di tangan Datuk Dr S. Subramanima. Jadi kalau perwakilan PKR memilih beliau sebagai Naib Presiden, beliau tidak dapat bersuara di parlimen. Manakala N Surendan ahli parlimen Padang Serai amat aktif di parlimen sehingga diarah keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

N. Surendan mampu menang Naib Presiden PKR jika beliau ambil keputusan mempertahankan jawatan itu melalui pertandingan. Tiga penyandang jawatan dijangka mempertahankan kerusi masing-masing.

Nurul Izzah dilihat sebagai pengganti Anwar Ibrahim apabila beliau bersara dari politik. Dua kali memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dilihat bakal Presiden PKR di masa akan datang. Soalnya adakah rakyat Malaysia bersedia menerima wanita sebagai Perdana Menteri.

Inilah kelebihan PKR kerana memiliki dua orang wanita sebagai Naib Presiden manakala Umno belum bersedia memilih wanita sebagai Naib Presiden. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia 10 tahun lagi, adakah PAS bersedia menerima Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...