JAIS ada kuasa rampas Bible, kata persatuan ulama


alkitab

JAIS tidak terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya melapor terus kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Qurnisha Hamka, FMT

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyita lebih 300 nashkah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dan membuat serbuan ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia pada Khamis memang di bawah bidang kuasa perundangan jabatan itu.

Menurut Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, JAIS mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan di Damansara Kim, Petaling Jaya itu dan tiada pihak perlu mempertikaikannnya.

“Itu memang bidang kuasa dia, dia boleh serbu dan dia boleh rampas. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam)  sendiri pun tidak ada kuasa sebegitu. Memang itu tanggungjawab JAIS, tiada pertikaian lagi,” tegas beliau kepada bnbbc.my.

Beliau turut menyatakan sokongan PUM terhadap tindakan JAIS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Exco Agama Negeri Selangor, Sallehan Mukhyi bahawa kerajaan negeri itu tidak dimaklumkan berkenaan serbuan itu.

Menurut Syeikh Abdul Halim, isu itu tidak wajar dibangkitkan oleh Sallehan memandangkan struktur organisasi JAIS tidak terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya melapor terus kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...