DAP terus main wayang
Empire Strikes Back
Mengulas mengenai satu artikel yang di tulis dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Disember 2013, penulisnya mempersoalkan mengenai kemelut DAP-ROS yang sehingga kini masih belum nampak jalan penyelesaiannya.
Mungkin ramai yang mempelekehkan artikel terbabit kerana ia terpapar di sebuah media yang diuar-uarkan sebagai alat BN tetapi soalan yang diajukan tetap relevan. Mengapa sukar sekali bagi Lim Guan Eng seterusnya DAP untuk memenuhi kehendak ROS?
Berhadapan dengan kemungkinan dibubarkan, DAP masih lagi tidak mahu bekerjasama malah pada 30 Disember 2013, melalui Gobind Singh Deo, DAP sekali lagi cuba menyalahkan ROS dan kali ini mereka mengugut bahawa DAP akan membawa perkara tersebut ke mahkamah sekiranya ROS masih berdegil untuk tidak mengikhtiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilantik pada September 2013.
Persoalannya adalah bagaimana ROS mahu berbuat demikian sekiranya dokumen-dokumen yang diminta tidak dilampirkan sekali dalam laporan yang dihantar ke ROS? Apa yang diminta oleh ROS adalah perkara-perkara asas yang perlu ada
- Senarai nama 2,576 ahli (berserta cawangan dan alamat setiap ahli)
- Senarai nama 1,740 ahli yang berhak hadir/mengundi (beserta cawangan)
- Senarai nama 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A; juga
- Salinan notis yang dihantar kepada 2,576 ahli serta nama cawangan dan alamat penghantaran
Jika benar bagai yang dikatakan oleh Lim Guan Eng bahawa pemilihan pada September yang lalu berlangsung tanpa sebarang keraguan dan manupulasi, dia hanya perlu memenuhi permintaan daripada ROS. Atau mungkin, Guan Eng sengaja memilih untuk tidak berbuat demikian.
Ini kerana, sekiranya Guan Eng memilih untuk mendedahkan semua dokumen berkaitan, dia terpaksa menjawab bagaimana sebanyak 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan bagaimana pula dengan kemunculan misteri 120 cawangan tambahan yang hadir dan mengundi diwakili oleh 450 perwakilan.