DAP Pusat punca masalah DAP Kedah


kedah-trio

Empire Strikes Back

Dari satu negeri ke satu negeri, masalah yang dihadapi oleh DAP seperti tiada penghujung. Suara-suara yang kecewa dan meradang dengan cara Lim Guan Eng yang suka campur tangan dan ‘mengganggu’ sama ada secara terus atau melalui tangan-tangan ghaib dalam urusan DAP negeri terus kedengaran.

Jika di Johor, Dr. Boo Cheng Hau diminta supaya berundur, lain pula ceritanya di Kedah. Disingkirkan tanpa sebarang alasan yang munasabah juga tidak diberikan peluang untuk membela dirinya, Pengerusi DAP Kedah yang juga bekas ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik bertekad melawan habis-habisan ketidakadilan yang kini bersarang di dalam DAP. Beliau juga merupakan antara veteran DAP yang lantang mempersoalkan ketelusan di dalam DAP.

Bermula dengan pengguguran namanya sebagai calon DUN Kota Darul Aman kemudiannya digantikan dengan Zairil Khir Johari bagi jawatan Pengerusi, Guan Aik adalah mangsa kepada permainan Lim Guan Eng.  Guan Aik, seorang pesara tentera yang telah bersama memantapkan DAP Kedah selama lebih 10 tahun juga menyifatkan tindakan yang diambil oleh DAP Pusat sebagai terburu-buru, berat sebelah dan sangat kotor.

Sehingga kini DAP Pusat masih belum menjawab surat bantahan yang dikemukakan oleh Guan Aik berhubung perkara tersebut dan satu soalan yang perlu ditanya kepada Guan Eng adalah, sekiranya Lee Guan Aik bermasalah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi, mengapa beliau terus mendapat sokongan padu dari ahli-ahli DAP di Kedah?

Pelantikan Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi sementara yang baru juga mengundang pelbagai reaksi berbeza dari ahli-ahli DAP Kedah yang rata-rata menolak Zairil kerana Zairil Khir Johari bukan seorang anak tempatan. Malah mereka terus mempersoalkan mengapa jawatan kuasa yang diikhtiraf DAP sekarang adalah dilantik oleh DAP Pusat dan bukan melalui pemilihan negeri.

Sekiranya meletakkan Zairil adalah usaha Guan Eng untuk menarik sokongan daripada pengundi Melayu, gerak kali ini mungkin akan memakan diri. Selain daripada bukan anak tempatan, Zairil juga adalah orang baru dalam DAP.

Guan Aik juga menyatakan keraguannya mengenai ketelusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada September 2013 kerana hanya 2 individu yang berhujah sewaktu masa berkempen iaitu Lim Guan Eng dan  Karpal Singh sedangkan calon yang lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Bersetuju bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sekadar melaksanakan tanggungjawab mereka setelah menerima banyak aduan daripada ahli DAP sendiri, Guan Aik berpendapat sekiranya persengketaan ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin, DAP akan rugi dan imej serta nama baik parti akan tercalar.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Lim Guan Eng sengaja mahu RoS membatalkan pendaftaran DAP kerana mahu meletakkan orang-orangnya di dalam DAP Baru serta menegaskan bahawa Guan Eng sebenarnya takut sekiranya RoS meminta pemilihan dilakukan semula. Beliau yakin bahawa jika RoS  meminta Lim Guan Eng berbuat demikian,  sokongan terhadap Guan Eng akan berubah kerana ketika ini ramai ahli yang kecewa dan tidak senang dengan kepimpinan Guan Eng yang dilihat seperti seorang diktator.

Sikap Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin atasan DAP yang sombong dan angkuh serta sanggup melakukan apa saja demi memastikan mereka terus berkuasa juga mungkin akan menyebabkan parti tersebut kehilangan banyak pemimpin lain yang mempunyai potensi besar.

Guan Aik juga meminta Lim Guan Eng dan pemimpin atasan yang lain sedar dan belajar menghargai kesetiaan dan pengorbanan ahli akar umbi yang telah lama bersama parti kerana mereka inilah yang telah banyak membantu menaikkan parti untuk berada di kedudukannya sekarang.

Berikut adalah temubual kami bersama Lee Guan Aik:

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...