Cita-cita Lim Guan Eng…DAP Baru?
Empire Strikes Back
Adakah kedegilan Lim Guan Eng menyelesaikan kemelut dengan RoS hanya gimik supaya DAP Baru boleh diwujudkan?
Gambaran bahawa Lim Guan Eng mahu mewujudkan parti yang dipenuhi dengan individu-individu yang ‘memuja’ beliau sangat jelas. Satu per satu pemimpin negeri yang dilihat tidak selari dengan matlamat ‘Parti Lim’ dicantas dan dibuang ketepi.
DAP Kedah sudah terkena tempias nafsu Lim Guan Eng dan terbaru DAP Johor. Walaupun Dr. Boo Cheng Hau menerima keputusan perlantikan Liew Chin Tong sebagai Pengerusi yang baru, akar umbi mungkin punya pendapat yang berbeza.