Kem Azmin nafi artikel Raja Petra


raja-petra

Raja Petra cuba menggambarkan Azmin sebagai mangsa keadaan dalam usaha mengekalkan jawatan dalam parti

(FMT) – Kem Azmin Ali hari ini menafikan bahawa episod pengguguran beliau dari syarikat milik kerajaan negeri Selangor, PKNS, merupakan hasil kerja beliau sendiri.

Azmin didakwa berbuat demikian dalam usahanya untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR setelah terdapat ura-ura bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkemungkinan turut bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu.

Dakwaan tersebut dikeluarkan oleh Raja Petra Kamarudin dalam penulisannya yang bertajuk ‘Azmin Ali’s brilliant political move’ dalam laman Malaysia Today semalam.

Bagaimanapun, Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata dakwaan itu hanyalah angan-angan Raja Petra sahaja.

“Mungkin Raja Petra ini banyak berangan. Saya rasa tak perlulah komen yang lebih sebab ini hanya angan-angan beliau sahaja.

“Kenapa perlu timbulkan pergaduhan, isunya jelas iaitu ada masalah yang harus ditangani dari segi prosedur (penyingkiran Azmin dari PKNS),” katanya apabila dihubungi hari ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...