Penentangan terbuka Azmin terhadap Anwar


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_05_anwar-azmin

Sudah tiba masanya perang antara Azmin dan Khalid ini ditamatkan kerana perkara yang sebegini hanya akan terus memecahbelahkan parti

Oleh Lisa Adam, FMT

Adakah sokongan terhadap Azmin Ali semakin berkurangan, atau kebanyakan dari mereka mengelak dari terlibat dengan apa yang dilihat sebagai membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim?

Himpunan solidariti semalam bagi mendesak jawatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dikekalkan mendapat sambutan dingin kerana hanya 25 orang hadir walau SMS mengenai himpunan tersebut telah mula tersebar sejak Selasa.

Tindakan Azmin dan ‘orang-orang kanannya’ di Selangor seperti Aminuddin Shaari dan Abdullah Sani merealisasikan himpunan tersebut sebenarnya melanggar kemahuan Anwar yang membantah ianya diadakan.

Mustahil Azmin tidak menerima memo mengenai bantahan Anwar sedangkan perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti.

Soalnya, mengapa Azmin bertindak meneruskan himpunan tersebut walau telah ‘dinasihatkan’ untuk memilih cara yang lebih diplomatik bagi menyelesaikan masalahnya dengan PKNS dan juga Khalid?

Mungkin Azmin telah bulat dengan keputusannya juga yakin bahawa dia sudah mempunyai sokongan kuat dari akar umbi parti untuk tidak menghiraukan kemahuan Ketua Umum parti yang juga mentornya, Anwar Ibrahim?

Mungkin juga ini langkah permulaan Azmin untuk keluar dari bayangan Anwar.

Sudah tiba masanya perang antara Azmin dan Khalid ini ditamatkan kerana perkara yang sebegini hanya akan terus memecahbelahkan parti, dan dengan pemilihan parti yang semakin hampir, PKR kini lebih berpuak-puak bila sepatutnya mereka lebih bersatu bagi memastikan parti terus relevan.

Anwar pula tidak sepatutnya terbuai dengan permasalahan remeh seperti isu pengundi Bangladesh juga kegagalan memohon visa bila dia perlu lebih serius dalam menangani masalah dalaman PKR yang semakin meruncing apatah lagi kini Azmin sudah semakin berani mencabarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...