Ahli Umno demonstrasi depan PWTC, gesa Najib pertahankan kalimah Allah


umno_pasir_salak_protest2_240114_540_412_100

Ahli Umno Bahagian Pasir Salak meluahkan permintaan untuk perdana menteri mempertahankan isu kalimah Allah di PWTC di mana mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Diyana Ibrahim, 24 Januari, 2014.

(TMI) – Ratusan ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mempertahankan isu kalimah Allah.

Menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Salak, Ramli Yusuf berkata mereka akan turut menghantar memorandum sebagai memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dalam mempertahankan kalimah Allah daripada terus dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain melaungkan slogan “Hidup Umno”, “Selamat Melayu”, “Selamatkan Islam dan Allah”, peserta demonstrasi itu turut menjulang sepanduk yang tertera perkataan “Save Kalimah Allah untuk Umat Islam”, “Hapuskan Petualang Negara ” juga ” Kembalikan ISA”, “Kalimah Allah khusus Untuk Agama Islam Bukan Trinity Seperti Tuhan Agama Lain” dan “Melayu Jangan Tak Faham Sejarah”.

Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

READ MORE HERE



Comments
Loading...