Pemimpin Melayu DAP, jangan mimpilah


syed-araniri-syed-ahmad

Empire Strikes Back

Jika Lim Guan Eng boleh menyingkirkan pemimpin-pemimpin DAP yang sebangsa dengannya, apa lagi nasib orang Melayu di dalam parti tersebut.

Satu-satunya pemimpin Melayu yang diangkat Guan Eng sekarang ini adalah Zairil Khir Johari, walau rata-rata mempersoal ‘kemelayuan’ Zairil. Namun tanpa mengira suara ahli-ahli parti, Zairil dilantik sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah. Tidak lebih daripada ‘poster boy’ Guan Eng di Kedah, Zairil mentah-mentah ditolak akar umbi juga orang Melayu di Kedah sendiri.

Tindakan DAP Pusat melengah-lengahkan pendaftaran cawangan baru yang dipanjangkan oleh Lee Guan Aik dan Syed Araniri juga memberi gambaran jelas mengenai ketidakseriusan DAP dalam membuka pintu parti tersebut kepada orang Melayu. Slogan kesaksamaan, keadilan dan pelbagai lagi hanya tinggal slogan.

Kenyataannya, DAP di bawah ‘pemerintahan’ Guan Eng hanya memperbodoh-bodohkan orang Melayu yang percaya bahawa Dinasti Lim akan membawa perubahan.

Kekecewaan Lee Guan Aik terhadap sikap pemimpin atasan DAP adalah sesuatu yang sepatutnya diambil serius oleh DAP kerana pemimpin seperti ini adalah individu yang telah bertungkus lumus membina dan memperkukuh imej serta perjuangan parti.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...