Shamsul Iskandar tanding Naib Presiden PKR?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_ShamsulIskandar_zpsf53bf5e1

(Sinar Harian) – Sempena pemilihan PKR yang akan diadakan Mei ini, Shamsul Iskandar Mohd Akin turut menyatakan kesediaan bagi merebut jawatan naib presiden parti itu.

Menerima baik saranan akar umbi supaya beliau bertanding jawatan tertinggi itu, Shamsul Iskandar bagaimanapun berkata, keputusan muktamad belum dibuat.

“Buat masa sekarang saya belum putuskan, tapi saya mendapat permintaan dari akar umbi yang mahukan saya bertanding jawatan naib presiden secara serius.

“Saya dapat saranan itu daripada seluruh negara dan saya hormati keinginan mereka itu.

“Namun perkara itu masih lama lagi, saya perlu berbincang dengan semua pihak, nanti saya putuskan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Shamsul Iskandar yang juga  Ahli Parlimen Bukit Katil memberitahu, beliau mendapat saranan untuk bertanding oleh sayap parti di beberapa kawasan termasuk Sabah.

Beliau pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama pada 2010 namun kemudian mengubah keputusannya.

Shamsul Iskandar mengetuai AMK sejak 2007 sehingga sekarang.

Bagaimanapun, beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut ekoran umurnya telah melebihi 35 tahun seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan PKR.



Comments
Loading...