Lim Guan Eng memang diktator


Part8

Empire Strikes Back

Jika menginginkan kuasa mutlak dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan setiap kemahuan dan kehendaknya ‘ditaati’ dan ‘dituruti’ oleh setiap ahli parti, pemimpin jenis apa Lim Guan Eng ini kalau bukan seorang diktator.

Campurtangan Lim Guan Eng dalam urusan DAP negeri yang mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin tempatan telah kedengaran sejak lama dulu namun keadaannya memuncak sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Bermula di Melaka, di mana Guan Eng tidak mengendahkan nasihat serta cadangan dari DAP negeri mengenai calon-calon yang bakal disenaraikan sebaliknya memilih sendiri nama-nama yang disukainya. Kemudiannya ramai pemimpin-pemimpin tempatan DAP yang mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas kerana membidas keputusan Guan Eng.

Sikap tidak peduli dan tidak menghormati pandangan pemimpin negeri menyebabkan Guan Eng diberi gelaran ‘The Malacca Fuhrer‘ oleh ahli-ahli DAP sendiri dan kini nasib PR di Melaka lebih menyedihkan setelah ADUN Duyong yang juga Ketua Pembangkang dari DAP meletak jawatan tanpa sebab.

Kedah juga mengalami masalah yang lebih kurang sama apabila Lim Guan Eng melalui Ahli Jawatankuasa Eksekutifnya mengambil keputusan menyingkirkan Lee Guan Aik dari jawatan Pengerusi serta melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Guan Aik sebelum itu telah tidak disenaraikan sebagai calon bagi mewakili kawasan DUN Darul Aman dan selepas PRU13 pula disingkirkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Sekali lagi Guan Eng mengambil keputusan yang membelakangkan kemahuan akar umbi bagi memastikan DAP negeri diterajui oleh individu-individu yang menyokong ‘perjuangannya’ dan tidak berani untuk mempersoal apa saja arahannya kelak.

Terbaru, campurtangan Lim Guan Eng di Johor menjadi penyebab utama jawatan Pengerusi DAP Johor bertukar tangan. Sebelum pemilihan parti di Johor, Guan Eng melalui orang kanannya, Liew Chin Tong telah ‘meminta’ supaya Dr. Boo tidak bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi bagi memberi laluan kepada calon kegemaran Dinasti Lim iaitu Chin Tong sendiri.

Dr. Boo bagaimanapun tetap bertanding dan nyata masih menerima sokongan dari perwakilan juga akar umbi. Namun dia kemudiannya disingkirkan melalui apa yang disifatkan sebagai keputusan autokrasi dan juga berat sebelah oleh bekas ADUN Teratai, Janice Lee. Lee juga menuntut supaya kaedah pemilihan parti dirombak bagi memastikan keputusan tidak bercanggah dengan suara perwakilan dalam parti.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...