PRK Kajang, Anwar hanya boneka DAP


Kajang_5Stars

Empire Strikes Back

Mungkin percaturan PKR kali ini akan memakan diri, namun tidak adil menyalahkan PKR semata-mata apabila ada pihak lain yang sama-sama mahukan semua ini berlaku. Siapa lagi kalau bukan DAP.

Pada awal drama PRK Kajang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kemelut yang berlaku dalam PKR Selangor walau kemudiannya bersetuju dengan strategi PKR meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon di Kajang selepas perkara tersebut dibawa ke dalam mesyuarat tergempar yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Ramai yang menyelar PKR kerana membuat keputusan besar seperti ini dan membelakangkan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat namun DAP hanya berdiam diri tanpa mencetus sebarang provokasi seperti PAS. Lim Guan Eng juga mengelak untuk memberikan sebarang komen dan meminta Anwar sahaja yang memberi penjelasan kepada umum.

Walaupun kelihatan seperti perkara ini dirancang sepenuhnya oleh PKR melalui Rafizi Ramli , Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan juga yang pastinya Azmin, kehadiran Liew Chin Tong, pakar strategi Guan Eng dan juga Lim Kit Siang seperti mengiakan desas desus bahawa Anwar bergerak atas restu Lim Guan Eng dan juga DAP.

Kenyataan yang harus diambil kira adalah Anwar ‘dipuja’ oleh DAP hanya kerana dia Melayu dan sekiranya Anwar Ibrahim adalah calon Menteri Besar Selangor yang baru, nasib Selangor akan sama seperti Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar di sana. Nama saja Menteri Besar Melayu, hakikatnya mereka berada di bawah telunjuk DAP.

DAP tidak dapat melakukan yang sedemikian dengan Khalid Ibrahim kerana Khalid punya pendirian sendiri dan mereka tidak dapat menggunakan pengaruh Anwar ke atas Khalid kerana Khalid adalah ‘orang’ Wan Azizah. Jadi boneka yang paling sesuai untuk Selangor adalah Anwar Ibrahim sendiri.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...