Beritahu Kami, Apa Sebenarnya?


Datuk-Seri-Salleh-Said-Keruak

Empire Strikes Back

Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak
Timbalan Ketua Umno Sabah

Langkah mengosongkan kerusi DUN Kajang supaya pilihan raya boleh diadakan telah mencetuskan perdebatan dalam masyarakat malah dari kalangan pembangkang yang juga penyokong tegar pembangkang berbahagi pendapat mengenai perkara itu.

Pakatan Rakyat sentiasa membesar-besarkan isu tentang pembaziran sumber kewangan negara dan yang pastinya, pilihan raya kecil akan menelan kos yang besar . Dengan yang demikian, mengapa pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku, tidak dianggap sebagai pembaziran sumber kewangan negara bila keperluan untuk menjalankan pilihan raya kecil ini sebenarnya tidak ada?

Ketua Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pilihan raya Kajang adalah penting untuk mengelakkan rampasan kuasa oleh BN di Selangor melalui pengisytiharan darurat . Beliau kemudiannya memberi contoh Kelantan pada tahun 1977 apabila kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat, yang kemudiannya menjadi penyebab kejatuhan kerajaan PAS.

Rafizi juga berkata bahawa ketegangan yang semakin memuncak berkenaan isu
“Allah” dan rampasan Al-Kitab dalam bahasa Melayu boleh menjadi pemangkin pada keganasan. Oleh itu, apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1997 juga boleh berlaku di Selangor. Apa yang Rafizi gagal untuk memperjelaskan kepada umum adalah tindakan merampas Al-Kitab yang berlaku di Selangor telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor. Jadi mengapa tidak boleh perkara ini diselesaikan di peringkat negeri?

Tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008, majlis tempatan merampas minuman keras yang dijual di 7- Eleven di Selangor yang turut mencetuskan krisis. Perkara ini telah diselesaikan apabila Ahli EXCO Negeri dari DAP , YB Ronnie Liu, mengarahkan majlis tempatan untuk mengembalikan minuman keras yang telah dirampas. Perkara itu telah diselesaikan dengan mudah dan sejak itu 7 -Eleven atau mana-mana kedai-kedai lain tidak pernah menghadapi masalah seumpamanya.

Anwar Ibrahim berkata masalah kedua di Selangor adalah tentang pentadbir negeri atau mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri mensabotaj Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Ini kerana Setiausaha Kerajaan Negeri , Pegawai Kewangan Negeri , Penasihat Undang-Undang Negeri , dan sebagainya, adalah individu yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( JPA ), dalam kata lain mereka dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimana dengan menggantikan Khalid boleh menukar semua ini jika Selangor sendiri tidak mempunyai suara dan kuasa dalam pelantikan penjawat awam walaupun Anwar mengambil alih tanggungjawab sebagai Menteri Besar ?

Pakatan Rakyat mengawal 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri , yang bermakna ia adalah lebih daripada majoriti dua pertiga daripada Dewan Undangan Negeri. Pakatan Rakyat boleh meminda Perlembagaan Negeri supaya mereka boleh membuat pelantikan ini dan bukannya JPA. Mengapa Pakatan Rakyat tidak melakukan yang sedemikian dan bukannya mengambil langkah untuk menukar Menteri Besar, kerana ia tidak akan membawa penyelesaian kepada masalah tersebut?

Dengan kelebihan dua per tiga di Selangor, Dewan Undangan Negeri juga sebenarnya boleh meminda atau memansuhkan undang-undang negeri yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan “Allah” dan dua dozen lain perkataan yang berkaitan dengan Islam memandangkan undang-undang ini telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1988.

Apabila tiga Ahli Undangan Negeri dari DAP mencadangkan untuk membawa perkara ini ke Dewan Undangan Negeri supaya undang-undang 1988 boleh dipinda atau dimansuhkan , Anwar menentang langkah itu. Apabila ditanya dalam sidang akhbar baru-baru ini , Anwar berkata bahawa ini bukanlah sesuatu yang perlu sebaliknya menyatakan bahawa apa yang perlu dilakukan adalah mendidik umat Islam.

Apa yang dimaksudkan oleh Anwar dengan ‘mendidik umat Islam’? Masalah sebenarnya ialah undang-undang 1988 kerana undang-undang inilah yang diguna pakai untuk merampas Al-Kitab . Oleh kerana undang-undang ini adalah punca permasalahannya, mengapa tidak membuang saja punca masalah ini? Bagaimana dengan mendidik umat Islam dapat menyelesaikan masalah yang timbul apabila pihak berkuasa agama negeri hanya bertindak mengikut apa telah ditetapkan oleh undang-undang?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...