Fengshui Master : Penghujung Hidup Anwar Kesepian & Keseorangan…
(AIDC) – Pada tahun 2012, China Press menulis tentang telahan pakar Fengshui yang meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 67, pada penghujung usianya ditinggalkan kawan-kawannya dan hidup kesepian keseorangan.
“Pada masa itu pakar Fengshui itu berkata, jika ditilik mengikut dari segi wajah dan tarikh lahir (Bazi) Anwar Ibrahim, penghujung dan sisa-sisa hidup Anwar Ibrahim kesepian dan keseorangan, tersisih dari pergaulan kawan-kawan.
“Dan nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu syok sendiri, perlu bijak menggunakan orang lain, ia boleh membantu untuk masa tua beliau,” tulis Lai Shao Kuang dari China Press.
Menurut penulis, majalah fashion edisi ke-400 pada 19 tahun yang lalu pernah memaparkan tilikan nasib untuk Anwar dengan menjemput seorang pakar Fengshui di sebelah utara Semenanjung, yang meninjau sendiri di tempat kediaman asal Anwar, Cherok Tokun.
“Pada masa itu kebetulan di waktu pemilihan UMNO pusat, kebetulan pada masa itu usia Anwar Ibrahim 46 tahun, masyarakat Cina pada masa itu ambil berat kerana Anwar Ibrahim mahu mencabar Ghafar Baba jawatan Timbalan Presiden UMNO, boleh dijangkakan selepas itu adakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri.
“Pada masa itu, pakar Fengshui itu memutuskan Anwar berusia 46 tahun nasibnya agak bagus, tetapi selepas berusia 51 tahun akan ada perubahan yang mendadak, jawatan dan kedudukannya akan tergugat, seterusnya Anwar Ibrahim akan mempunyai harta yang banyak tetapi tiada kedudukan, beliau dinasihatkan supaya buat langkah-langkah yang terbaik untuk diri sendiri.
“Secara kebetulan selepas 5 tahun, ramalan itu terbukti, Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir.”
Seterusnya pakar Fengshui itu berkata, tidak elok jika batu-batu di bukit itu ditarah atau diusik, kerana ia akan merosakkan kedudukan Fengshui Anwar.
Seumpama pepatah Cina, kawasan itu seperti seekor harimau sedang berehat akan menjadi seekor naga jika ia terjaga, namun jika bukit itu dirosakkan hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan tidak kesampaian.