Hanya Orang Melayu yang Bersikap Perkauman


Anwar_Yap

Empire Strikes Back

Sekali lagi kini kaum India mula bercakap tentang hak-hak dan kepentingan orang India juga semua yang berkaitan dengannya. Dan dengan peletakan jawatan P. Waytha Moorthy daripada kerajaan, kita boleh menjangkakan permainan tarik tali antara MIC dan Hindraf, tentang siapa yang lebih baik untuk memperjuangkan kaum India. Oleh itu,  MIC dan pembangkang akan besungguh-sungguh cuba mengalahkan satu sama lain bagi  membuktikan kepada kaum India bahawa mereka akan membawa lebih kebaikan kepada kaum India sekiranya mereka diberikan mandat dalam Pilihanraya Kecil Kajang pada 23 Mac 2014.

Perkara yang sama sedang berlaku dalam kempen Pilihanraya Kecil Kajang, walaupun mengikut undang-undang,  kempen tidak seharusnya bermula sehingga hari pencalonan (tetapi siapa yang mengambil berat tentang undang-undang lagi?). MCA dan DAP juga sudah keluar untuk cuba mengalahkan satu sama lain tentang siapa yang lebih Cina dan siapa yang lebih baik bagi memastikan kepentingan orang Cina terjamin. Sementara Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong pula menggunakan kesempatan ini untuk melaga-lagakan keduanya bagi melihat siapa yang mampu menawarkan yang terbaik bagi kaum Cina.

Kaum India yang membentuk 10% daripada keseluruhan pengundi Kajang meminta langit dan bulan untuk undi mereka sementara kaum Cina, yang merangkumi 40% daripada jumlah pengundi juga melakukan perkara yang sama.

Malah, ia sebenarnya telah pun bermula. Pengerusi Dong Zong,  Yap Sin Tian berkata beliau berharap dalam keghairahan pilihan raya kecil ini, Anwar dan kerajaan negeri Selangor dapat membantu untuk menyelesaikan isu yang melibatkan ‘pendermaan’ tanah seluas 100 ekar di Sepang untuk membina Kolej Universiti New Era yang telah tertangguh selama 14 tahun.

Selain itu, Yap juga berharap Anwar akan dapat memperuntukkan tanah sekurang-kurangnya 5 ekar untuk membangunkan semula Sekolah Menengah (C) Yu Hua dan memastikan institusi-institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Selangor akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)  yang diguna pakai oleh Malaysian Independent Chinese Secondary Schools (MICSS).

(READ HERE: http://www.malaysia-today.net/kajang-dong-zong-champions-anwar/)

Jadi ia akan menjadi permainan tentang berapa banyak yang boleh anda berikan kepada saya. Dengan harga yang tepat sesiapapun boleh mendapatkan undi saya. Sekiranya saya tidak diberikan apa yang  saya mahu maka saya akan mengundi orang lain – atau jika ada pihak lain yang boleh membayar lebih kepada saya, maka merekalah yang akan mendapat undi saya.

Bayangkan, jika orang Melayu mengatakan perkara yang sama kepada Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, orang bukan Melayu akan berkata pelbagai perkara buruk tentang orang Melayu. Seperti orang Melayu korup, orang Melayu terpesong, orang Melayu boleh dibeli dan macam-macam lagi. Tetapi mengapa jika orang Cina dan India menuntut segala macam ‘pemberian’ sebagai ganjaran untuk menyokong mereka yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, ianya dibenarkan?

Orang Cina dan India bukan penjahat. Kaum Cina dan India hanya memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

Memang benar, tetapi jika orang Melayu memperjuangkan hak-hak dan kepentingan mereka, maka orang Melayu dilabelkan sebagai bersikap perkauman. Mengapakah kaum Cina dan India boleh melakukannya tetapi tidak orang Melayu?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...