Satu lagi Kok-up?
Empire Strikes Back
Yang ini siapa?
Teresa Kok boleh terus memukul gendang memberitahu umum bahawa dia tidak tahu menahu tentang pelakon Kopitiam 88 terlibat dalam video satiranya seperti yang didakwa sedang hakikatnya berlainan.
Kenyataan akhbar yang di buat Kok bagi mempertahankan situasinya, dalam masa yang sama menyalahkan RTM sebenarnya tidak perlu. Mungkin lain kali, Kok patut meneliti kenyataannya berkali-kali sebelum dia membuka mulut dan menyalahkan pihak RTM supaya dia terselamat dari mengundang malu pada dirinya sendiri.
Perangai MP apa macam ini? Janganlah nak cuba menegakkan benang yang basah, buang masa sahaja.