Duit PKNS bayar gaji kroni


pkns

Empire Strikes Back

Tidak mengamalkan kronisme? Biar betul? Jadi yang berjuta habis untuk membayar orang-orang yang tidak ‘berfungsi’ itu dipanggil apa?

Kalau benar bagai yang dikata (lihat:http://www.malaysia-today.net/how-pkns-spends-our-money/) maka ini dah jadi lebih dari cempedak menjadi nangka. Pakatan Rakyat, terutamanya PKR terang-terangan membodoh-bodohkan serta menipu rakyat Selangor dengan cara pentadbiran yang kononnya telus dan lebih baik dari kuasa yang sebelumnya.

Apa yang lebih memualkan bila mereka ini adalah orang yang sama yang selalu mencanangkan kepada umum bahawa mereka ini tidak akan mengamalkan kronisme, akan telus serta saksama dalam mentadbir, mereka itu dan mereka ini. Memang dasar penipu.

Jika Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa tindakannya memberhentikan 22 kakitangan PKNS dapat menyelamatkan RM7 juta setahun, berapa banyak lagi pembaziran dalam PKNS, yang melibatkan duit rakyat, yang masih terselindung dari umum?

Melihat pada angka-angka pembayaran gaji serta elaun yang dinyatakan Raja Petra dalam tulisannya, ia sangat mengejutkan, apatah lagi ia dilakukan oleh parti yang sering mendakwa bahawa cara pentadbiran mereka adalah bersih dan telus. Dari RM45,000 untuk gaji Pengurus Besar, RM1.5 juta untuk pakar perunding dari Lebanon yang gagal menyiapkan tugas hingga ke RM1,000 sejam untuk kerja-kerja penulisan (pembayaran berasingan untuk kerja yang sama), bekas kakitangan PKNS dan juga syarikat-syarikat perunding ini dibayar dengan jumlah yang keterlaluan.

Mengapa rakyat Selangor yang terpaksa membayar untuk mereka ini goyang kaki di dalam bilik berhawa dingin? Istimewa sangatkah mereka ini? Atau mereka hanya dibayar kerana pertalian yang wujud antara mereka dengan pemimpin-pemimpin dalam PKR?

Berselindung di sebalik slogan Reformasi, Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PKR terus bebas menipu rakyat dan tanpa tahu hujung pangkal, rakyat yang mahukan perubahan memilih untuk berdiri menyokong mereka ini. Kenyataannya, mereka ini hanya mempermainkan kepercayaan rakyat demi memenuhkan poket mereka dan orang-orang yang rapat dengan mereka sahaja.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...