CAT punca beberapa kemelut PKNS


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2011_08_Khalid-Ibrahim-SELANGOR-300x202

(FMT) – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan blogger terkenal Raja Petra Kamarudin mengenai isu yang menyelubungi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan hasil amalan Kredibiliti, Akauntibiliti dan Ketelusan (CAT) oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Khalid, Raja Petra mungkin memperolehi maklumat mengenai PKNS dari dalam syarikat itu sendiri.

“Boleh jadi Raja Petra mendapat maklumat dari pegawai-pegawai PKNS yang tidak suka perkara ini berlaku,” katanya dalam satu sidang media di sini tanpa merujuk kepada mana-mana insiden.

Tambah Khalid, melalui kaedah ini, semua maklumat akan dihebahkan.

“Apabila PR pakai CAT, perkara ini akan berlaku.

“Yang baiknya, (perkara) yang baik akan dihebahkan, yang buruk pun akan dihebahkan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pengurusan PKNS akan terus memperbaiki pentadibiran mereka.

“Kita perbetulkan apa yang tak betul, kita perbaiki kesilapan.

“Jadi saya tidak takut lagi sebab kita sudah amalkan polisi ketelusan. Apa yang baik, apa yang buruk akan kita beritahu,” jelasnya.

Hari ini Raja Petra dalam portalnya Malaysia-Today mendedahkan PKNS berbelanja jutaan ringgit untuk membayar gaji stafnya untuk ‘duduk dan membaca akhbar’.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...