Tipu muslihat hotel milik PKNS naik harga 10 kali ganda


PKNS_DePalma

Empire Strikes Back

Selepas PKNS FC, kini rangkaian perhotelan milik PKNS, De Palma Group dikatakan tidak telus serta menyimpang dari apa yang diuar-uarkan sebagai mematuhi syariah.

Menurut Raja Petra (http://www.malaysia-today.net/de-palma-not-really-syariah-compliant/) De Palma menjalankan sistem pengurusan yang mencurigakan terutamanya bila menyentuh tentang sebut harga yang diberikan oleh pembekal.

Pembekal-pembekal yang dipilih untuk memberikan perkhidmatan kepada rangkaian hotel berkenaan juga diragui kerana ada di antaranya yang tidak mempunyai alamat pejabat yang lengkap selain mereka berurusan dengan individu yang sama dari syarikat yang berbeza.

Lucu apabila pembelian walkie-talkie dibuat melalui pembekal tekstil dan harga bagi sebuah pemanas makanan (chafing dish) untuk meja bufet boleh mencecah lebih sepuluh ganda harga pasaran.

Raja Petra juga menyenaraikan tiga syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengubahsuai ruang legar Tapas Lounge di De Palma Ampang dimiliki oleh individu yang sama dengan tender bernilai setengah juta.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...