Anwar Tidak Pernah Kritik Robert Kuok Individu Terkaya Di Malaysia


robert-kuok

(AIDC) – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik Robert Kuok, lelaki paling kaya di Malaysia sepertimana yang dilaporkan Malaysian Business, memiliki kekayaan RM54.48 bilion pada tahun ini.

Namun berbeza dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang menduduki tangga keenam, individu Melayu itu menjadi sasaran kritikan Anwar sejak dari sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Kemarahan Anwar kepada Syed Mokhtar meluap-luap selepas polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan monopoli gula daripada Robert Kuok kepada hartawan Melayu itu.

“Harga gula meningkat kerana ia dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Saya menentang Umno, BN, termasuk nama-nama besar dalam parti.

“Kekayaan Syed Mokhtar bernilai berbilion-bilion ringgit. Saya tidak membencinya. Saya tidak mempunyai apa-apa peribadi dengannya tetapi saya tidak suka hakikat bahawa gula dimonopoli oleh satu orang dan kerana itu, rakyat perlu membayar, “kata Anwar dalam ceramahnya di Taman Impian Murni baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insider.

Sebelum ini, semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Robert Kuok merupakan satu-satu individu yang memonopoli gula, namun Anwar tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).

Laman ini pernah mendedahkan Anwar mempunyai hubungan sentimental dengan Robert Kuok, di mana ia dibuktikan dengan pendedahan sepucuk surat perniagaan di antara kedua-dua tokoh itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...