RBA pengganas siber DAP
Empire Strikes Back
Sama ada Red Bean Army atau bukan, sekiranya mengancam keharmonian negara serta memberi impak negatif yang berterusan kepada generasi muda, ianya harus dihentikan. Jangan sampai berlarutan hingga tidak dapat diselamatkan lagi.
Masalah berkaitan sekumpulan ‘tentera siber’ atau cybertroopers yang didalangi DAP memang sudah diketahui umum sejak sebelum PRU 13 lagi. Kewujudannya pun telah disahkan oleh beberapa individu dari pakatan pembangkang sendiri. Malah terdapat dakwaan bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, menggunakan ‘perkhidmatan’ tentera siber ini bagi berkongsi serta menyebarkan pelbagai maklumat palsu sebelum dan juga selepas pilihan raya umum yang lalu.
DAP terutamanya Lim Kit Siang bagaimanapun melalui penafian yang sangat kabur mengatakan bahawa mereka tidak pernah tahu tentang kumpulan tentera siber yang menggelar diri mereka sebagai Red Bean Army ini sehingga membaca mengenainya di dalam akhbar tempatan.
Walau DAP juga menyatakan bahawa mereka tidak punya dana sebesar yang didakwa untuk membiayai kumpulan tersebut, mereka bagaimanapun tidak memberi sebarang penafian tentang sama ada mereka ada mempergunakan atau mengambil kesempatan atas kewujudan Red Bean Army untuk kepentingan mereka. Langkah membisu yang diambil oleh Anwar Ibrahim mengenai perkara ini juga seolah-olah mengiakan hakikat bahawa mereka ini wujud.
Tidak susah sebenarnya untuk mengenal pasti mereka ini, walaupun bergerak atas akaun palsu, kerana kebanyakan komen dan posting yang mereka lakukan biasanya hanya omong-omong kosong yang dihiasi dengan kata-kata kesat, panggilan nama yang tidak enak juga tiada fakta.