Kes liwat Anwar: Hakim tidak boleh buat ceramah pertahan diri – Ketua Hakim Negara
(Agenda Daily) – Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak pembangkang nak cakap banyak mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu dapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan…sila dengar komen Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.
Katanya adalah menjadi ikrarnya untuk memastikan badan kehakiman bebas dan tidak berat sebelah.
Ariffin berkata sejak menjadi Ketua Hakim Negara beliau tidak fikir kebebasan kehakiman telah dilanggar.
Beliau menyatakan demikian pada wartwan selepas merasmikan Persidangan Hakim-hakim Malaysia di Pulau Pinang Khamis ketika diminta mengulas keputusan keatas Anwar yang cuba dipertikaikan oleh pihak pembangkang.
Pembangkang juga mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hukum denda RM4,000 keatas Karpal Singh kerana didakwa buat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.
Ariffin enggan ulas keputusan berkenaan kerana rayuan akan dibuat oleh Anwar dan Karpal.
Katanya Anwar dan Karpal pernah dibebaskan sebelum ini oleh mahkamah.
“Kenapa mereka kata dibebaskan adil dan bila dihukum tidak adil.Ini tak betul,”katanya.
Menurut Ariffin para hakim terbuka untuk dikritik.Namun mereka tidak dapat mempertahankan diri.
Katanya hakim tidak boleh pergi ceramah dan buat roadshow untuk pertahankan diri mereka.
Ketua Hakim Negara itu kata undang-undang adalah untuk semua orang samaada ia dari pihak pembangkang maupun kerajaan.