DAP tak kisah Anwar peliwat


Saiful Anwar

Empire Strikes Back

Siapa yang tidak tahu menipu dah memutar belit fakta adalah sebahagian dari resam menjadi ahli politik, tetapi Anwar Ibrahim adalah penipu yang paling besar. Cita-cita dan sikap tidak ambil pedulinya hanya akan menyebabkan orang Melayu berhadapan dengan kerugian yang besar.

DAP, Karpal malah kebanyakkan kaum lain tahu dan pasti bahawa Anwar memang bersalah namun mereka memilih untuk membiarkan perkara ini. Mungkin pada mereka politik dan perkara peribadi seperti ini tidak perlu dicampuradukkan. Mungkin juga mereka dapat menerima ini sebagai norma dalam kehidupan harian mereka. Mungkin juga ia adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan nilai budaya serta kepercayaan mereka.

Harus diingat bahawa Karpal adalah antara orang yang mula-mula membangkitkan isu liwat Anwar Ibrahim di Parlimen malah Karpal adalah peguam yang mewakili mangsa ‘hobi’ Anwar iaitu Azizan Razak.

Bila kini Karpal memilih untuk menjadi ‘pembela’ kepada Anwar, ianya hanyalah satu lagi strategi politik DAP yang melihat kebergunaan Anwar untuk mereka.

Ramai juga di kalangan orang Melayu yang tahu dan percaya bahawa Anwar bersalah dan memilih untuk mengambil pendekatan yang sama seperti kaum lain. Tetapi bagi orang Melayu dan Muslim, perlakuan serta minat ‘peribadi’ Anwar ini adalah melanggar norma. Ia adalah sesuatu yang sememangnya terkeluar dari resam serta asas kepercayaan.

Anwar telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang sangat mudah untuk dimanipulasi dan dengan peluang yang terbuka seluas-luasnya, pelbagai pihak menggunakan keadaan ini bagi memastikan Anwar berfungsi sebagai alat bagi mereka mencapai cita-cita mereka pula.

Tidak adil menyalahkan DAP sepenuhnya kerana mengambil peluang yang ada bagi memastikan umum terutamanya orang Melayu menerima agenda politik mereka. Anwar yang merelakan dirinya menjadi ‘jambatan’ bagi merealisasikan semua ini. Kenyataan dalam politik terutamanya di Malaysia, sekiranya seseorang atau sesuatu dapat digunakan bagi mendapat sokongan serta simpati umum, maka ia akan digunakan sepenuhnya, tanpa kesal.

Di mata DAP, Anwar adalah senjata paling sempurna bagi meraih sokongan golongan Melayu yang bersungguh-sungguh mahukan perubahan dan sanggup untuk menyokong Anwar dalam apa jua keadaan. Mereka menyogok idea bahawa Anwar adalah epitome kepada perubahan yang mereka mahukan selama ini dan menjual imej Anwar sebagai pemimpin liberal yang mampu melonjakkan kedudukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Maka ramailah yang termakan dengan penipuan ini. Tanpa sedar mereka hanyalah menyokong perjuangan peribadi Anwar yang tidak berhenti mengidamkan Putrajaya serta membantu menguatkan lagi dominasi dan pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Kesaksamaan yang mereka mahukan hanyalah topeng untuk memastikan orang Melayu menyokong mereka dan terus berpecah belah sesama sendiri. DAP menyatukan orang Cina sementara orang Melayu sibuk berbalah sesama sendiri.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...