Anwar pun guna bomoh


Anwar Bomoh

Empire Strikes Back

Tatkala seluruh rakyat bersimpati dan bersama memanjatkan doa bagi keselamatan semua yang terlibat dengan MH370, Anwar memilih untuk menyelar tindakan membawa masuk bomoh ke dalam kawasan KLIA. Seperti biasa, Anwar hanya tahu mengkritik tanpa sekelumit usaha membantu mencari jalan penyelesaian.

Tidak dinafikan bahawa membawa bomoh untuk terlibat dalam usaha mencari MH370 adalah tindakan khurafat, dangkal dan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia, meskipun manusia itu disuruh supaya berikhtiar.

Sama ada ia disyorkan oleh kerajaan UMNO/BN atau pengkhianat bertopeng dalam UMNO atau konspirasi Pakatan Rakyat bagi memburukkan lagi keadaan, ia sesuatu yang memang tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi Malaysia adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Tindakan Anwar sebagai ketua pembangkang jelas sangat menjengkelkan kerana dia sepatutnya membantu seberapa daya dalam misi pencarian MH370 ini dan bukan hanya mengkritik. Sibuk menjaja cerita UMNO menggunakan khidmat bomoh sedang diri sendiri dua kali lima.

Bukan tempat Anwar untuk meluahkan bicara mengenai bomoh bila dia sendiri sering ke Indonesia ditemani seorang Dato’ berbangsa India untuk mendapatkan khidmat bomoh di sana. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tak kelihatan. Tapi ia tidak langsung menghairankan kerana yang demikian adalah mantera biasa dalam Pakatan Rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...