Tanya Azmin pasal Langkah Kajang – Wan Azizah


wan-azizah

Manzaidi Mohd Amin, Malaysia Gazette

Presiden PKR yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail cuba menggelak daripada menjawab dakwaan pemilihan beliau bertanding bagi pihak suaminyapada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini bagi menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil melihat ke arah wartawan yang bertanya soalan, beliau yang tidak pernah berenggang memegang kipas melemparkan senyuman dan cuba beredar dari situ.

Bagaimanapun, wartawan masih mengulangi soalan sama beberapa kali sebelum Wan Azizah menaiki keretanya sehingga beliau akhirnya bersuara, “tanya Azmin…tanya Azmin”.

Azmin Ali adalah Timbalan Presiden PKR yang bertanggungjawab bagi pihak Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan misi menukar Menteri BesarSelangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Gombak itu, dalam kenyataan medianya baru-baru ini dilaporkan berkata, ‘Langkah Kajang’ tetap diteruskan walaupun Anwar tidak layak bertanding dan digantikan dengan Dr Wan Azizah.

“Khalid tetap akan diganti. Calonnya tunggu selepas pilihan raya 23 Mac ini,” katanya dalam satu laporan media.

Wan Azizah berkata, beliau tidak mahu memikirkan soal itu kerana tumpuan utamanya ialah berkempen memastikan PKR menang.

 



Comments
Loading...