Memang dasar Anwar penipu
Empire Strikes Back
Bohong, bohong, bohong, pusingan-U. Ini senario biasa bila bercakap mengenai Ketua Pembangkang di Malaysia, Anwar Ibrahim. Bila kerajaan yang kena hentam dengan media asing pandai pula Anwar tuduh kerajaan panik dan takut nak jawab, bila kena batang hidung sendiri, menggeletek macam cacing kepanasan.
Mengapa nak menuding jari menyalahkan kerajaan pula bila orang-orang dalam parti Anwar sendiri yang mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu di media sosial bahawa juruterbang MH370 adalah penyokong tegar parti. Sivarasa dan Saifuddin sendiri mengakui perkara itu malah menyatakan bahawa dia adalah ahli seumur hidup PKR. Kalau orang dalaman sendiri yang mula dan kemudiannya menjadi trending, kenapa nak salahkan orang lain pula?
Terpampang di muka depan akhbar seperti The Mail dan The Mirror spekulasi bahawa juruterbang pesawat MH370 adalah seorang yang obses dengan Anwar dan yang demikian berkemungkinan menjadi punca berlakunya rampasan pesawat tersebut sebagai tanda protes keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar.
Reaksi Anwar? Dia tidak mengenali juruterbang terbabit. Wan Azizah juga mengatakan perkara yang sama. Apabila media sosial mula dibanjiri dengan foto-foto yang mengaitkan juruterbang tersebut dengan Anwar dan PKR, baru buat kenyataan lain. Susah sangatkah Anwar, sekali dalam seumur hidupnya, bercakap benar? Berapa kali Wan Azizah nak berbohong untuk menyelamatkan suaminya?
Sudahlah pihak pembangkang hanya menghentam dan mengkritik kerajaan berkenaan tragedi MH370, perkara yang terang seperti ini pun menghentam kerajaan juga. Dolak-dalik Anwar hanya untuk mengaburi mata dan hati penyokong-penyokongnya sahaja.