MCA sudah tidak relevan lagi?


MCA

Kenapa 2,830 orang tidak keluar mengundi? Adakah mereka protes kerana PKR mengadakan PRK yang tidak perlu?

Zabidi Saidi, FMT

Kemenangan calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Kajang semalam sudah diduga. Ramai yang mengharapkan beliau dapat majoriti lebih besar daripada calon PKR yang meletakkan jawatan itu, Lee Chin Cheh.

Sebaliknya Wan Azizah mendapat kurang 2,830 undi daripada yang dipungut oleh Lee Chin Cheh. Pada 5 Mei 2013, Lee Chin Cheh mendapat 19,571 undi tetapi semalam Wan Azizah memungut 16,741 undi sahaja.

Kenapa 2,830 orang tidak keluar mengundi? Adakah mereka protes kerana PKR mengadakan PRK yang tidak perlu? Sekiranya ada kematian, PRK tidak dapat dielakkan.

Tetapi Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. Apabila Anwar tidak boleh bertanding kerana dijatuhkan hukuman lima tahun penjara di atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, maka isterinya Wan Azizah menggantikannya sebagai calon.

Jika Anwar yang bertanding mungkin lebih ramai pengundi PKR pada PRU lalu keluar mengundi. Tetapi Wan Azizah boleh berbangga kerana calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pun menghadapi kemerosotan undi yang sama.

Dahulu calon BN, Lee Ban Sen mendapat 12,747 undi tetapi semalam Chew mendapat 11,362 undi. BN kekurangan 1,385 undi daripada undi pada 5 Mei 2013.

Kalau dahulu PKR menang dengan majorti 6,824 undi tetapi Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi. Merosot sebanyak 1,445 undi. Maknanya sebagai calon under dog, BN sudah dapat mengurangkan majoriti undi PKR.

Adakah MCA semakin diterima oleh orang Cina atau MCA hanya mendapat undi daripada kawasan Melayu sahaja? Wan Azizah gagal meraih undi simpati dengan majoriti undi yang lebih besar kerana jentera BN yang kuat.

Percubaan Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengarah PRK BN berhasil mengurangkan majoriti PKR walaupun gagal merampas kerusi DUN Kajang daripada PKR. Inilah PRK yang pertama tidak diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku pengarah PRK.

Faktor pengundi yang kurang keluar mengundi menyebabkan kedua-dua calon PKR dan BN tidak mendapat undi yang bertambah. Pada PRU peratus keluar mengundi ialah sebantak 88.4 peratus sedangkan semalam hanya 72 peratus yang keluar mengundi. Merosot sebanyak 16 peratus merupakan satu PRK yang tidak mendapat sambutan daripada para pengundi.

Ke mana perginya 16 peratus pengundi? Kenapa mereka tidak keluar mengundi? Adakah mereka protes kepada pembangkang yang menyebabkan PRK tersebut? Atau adakah mereka sudah bosan dengan politik. SPR perlu berbuat sesuatu supaya peratus keluar mengundi tidak merosot di masa akan datang.

Sayangnya, BN menyekat Anwar bertanding semalam. Jika Mahkamah Rayuan tidak dicepatkan kepada 7 Mac, Anwar boleh bertanding. Bila beliau boleh bertanding, barulah dapat tahu sama ada beliau dapat menambah majoriti PKR atau tidak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...