Azmin kekal ‘tergantung’ sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, kata MB selangor


azmin_ali_press_conference_4_20140128_600_399_100

(TMI) – Status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih “tergantung”, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, isu itu juga tidak berbangkit memandangkan keputusan melantik atau memecat ahli lembaga pengarah dibuat exco.

“Azmin digantung sehingga siasatan selesai, sasaran saya berkemungkinan dalam dua bulan untuk mematuhi Indeks Prestasi Utama,” katanya ketika memberi keterangan kepada Sesi Pendengaran Selcat berhubung pemilihan pengurusan PKNS: Pelaksanaan Integrity Pact di Shah Alam.

Katanya, beliau sendiri tidak maklum berkenaan surat tidak melantik Azmin yang dikeluarkan bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.

“Tidak… saya tidak tahu,” katanya merujuk kepada surat tidak melantik Azmin yang dikeluarkan Othman.

Khalid berkata, perkara berkenaan juga tidak pernah dibincangkan ketika mesyuarat exco.

Othman yang turut hadir ketika sesi memberikan keterangan berkata, keputusan itu diambil apabila pihaknya tidak menerima jawapan balas Pejabat Menteri Besar berhubung pelantikan anggota lembaga pengarah walaupun telah beberapa kali menghantar surat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...