Peguam Muslim sokong Kassim Ahmad ditahan


KASSIM_AHMAD

(TMI) – Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat, dakwaan terhadap sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, beban pembuktian untuk mensabitkan beliau bersalah masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.

“Kassim diberi hak sepenuhnya untuk meminta perbicaraan di dalam mahkamah sekiranya beliau berpendirian tidak bersalah atas dakwaan tersebut,” kata Zainul Rijal dalam satu kenyataan hari ini.

“PPMM percaya perbicaraan yang adil akan dijalankan di dalam prosiding terhadap beliau. Sehubungan itu, PPMM menasihatkan Kassim Ahmad menumpukan kepada pembelaan beliau di dalam prosiding tersebut bukan meraih simpati melalui media,” katanya.

Semalam, Kassim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin. Mahkamah menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula kes itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...