PAS Selangor sokong Kelantan laksana hudud


Zaidy Abdul Talib

PAS Selangor menyambut hasrat baik hasrat Putrajaya untuk membantu Kelantan melaksanakan hukuman hudud

(FMT) – PAS Negeri Selangor berharap pembentangan rang undang-undang (private bill) ini yang akan dibawa oleh salah seorang Ahli Parlimen bukan kerajaan akan mendapat laluan yang baik untuk diluluskan di dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib (gambar)  PAS Negeri Selangor juga menyambut hasrat baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membantu hasrat Kerajaan Negeri Kelantan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.

“Ia bagi memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993,” katanya dalam posting akaun Facebook sambil menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen dalam masa yang terdekat.

Malah, beliau yang juga mewakili PAS Selangor amat yakin dan percaya sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan diberi peluang untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka Negeri Kelantan akan menjadi negeri contoh yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah gejala sosial masyarakat dan mendapat keberkatan serta rahmat Yang Maha Esa.

“Kerajaan Negeri Brunei Darussalam yang kini telah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah Islam secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan perlembagaan negara boleh menjadi contoh yang baik bagi mendapat rahmat Allah SWT dengan rezeki yang semakin melimpah ruah dan negeri yang aman makmur,” ujarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...