Kassim Ahmad – 80


Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad

1. Saya sedih melihat pegawai Jabatan Agama Islam dibantu oleh polis menangkap Kassim Ahmad, 80 tahun.

2. Kita ingin jadi Negara Islam yang sederhana, tidak keterlaluan. Tetapi acara ini memperlihatkan Malaysia, seolah-olah ingin menjadi Negara Islam yang suka mengguna paksaan bagi menentukan orang Islam hidup dalam ketakutan kerana mungkin ditangkap apabila melanggar fatwa pihak berkuasa.

3. Kassim yang tidak sihat, berumur 80 tahun ditangkap, dibawa ke mahkamah, dituduh menghina Islam, dituduh tidak akur kepada fatwa Pejabat Agama Islam dan dikurung sehingga dijamin.

4. Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai. Ada orang Islam yang memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w, menghina Allah s.w.t, membuat fatwa sendiri, bahkan mengembang ajaran sesat. Tetapi mereka tidak ditangkap. Tegur pun tidak. Tetapi Kassim yang sudah tua, yang berjalan bertongkat dituduh anti-hadis dan ditangkap.

5. Yang anti-hadis ini ramai. Mereka tolak hadis dalam amalan mereka, tidak menurut banyak sunnah Rasul. Mereka tidak berjanggut.

6. Tetapi kita tahu dalam Islam ada dosa besar dan ada dosa kecil. Yang sunnat tidak wajib, tidak berdosa jika ditinggal pun. Islam bukan keras, bukan begitu bengis. Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak bertujuan menjadi beban kepada penganutnya. Islam bukan agama paksaan.

7. Tetapi ada pihak yang tidak puas hati kerana Islam lembut, bertimbangrasa, adil. Mereka ingin menjadi Islam agama yang keras, yang bengis pun.

8. Ada di sebuah Negara Islam di mana yang tidak berjanggut disembelih. Ada yang merejam dengan batu, menembak mati wanita yang dituduh berzina. Tetapi tidak pasangan lelaki mereka. Lelaki boleh berzina, perempuan sahaja yang salah. Al-Quran menghukum kedua-dua. Tetapi ramai orang Islam mengecualikan lelaki.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...