Daim gesa AMK kemuka bukti


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_DaimZainuddin_zps2996c94b

(Sinar Harian) – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mahu Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengemukakan bukti di atas laporan rasmi berkenaan kekayaan melampau yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jangan hanya buat tuduhan, saya mahu pihak terbabit berikan bukti kukuh terhadap dakwaan yang dibuat,” katanya ketika ditemui di Program Bicara Petang bersama Tun Daim Zainuddin di Plaza Sentral, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai bukti awal yang dikemukan oleh AMK mengenai  tiga surat yang ditulis oleh Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad, bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli dan bekas Pengarah MAS, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, beliau berkata bukti tersebut sudah disiasat pada tahun 1999 dan pihak SPRM juga tidak menemui sebarang maklumat yang boleh mengesahkan hubungkait beliau dengan amalan rasuah.

Pada 14 April lalu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohammad Akin dan beberapa wakil parti  telah memfailkan laporan dan menggesa SPRM  untuk memulakan siasatan terperinci ke atas Daim.

Menurut Shamsul, laporan dibuat kepada SPRM untuk mengetahui sama ada Daim mempunyai hubung kait dengan amalan korupsi dan rasuah.

“SPRM sudah siasat hal berkaitan dan saya bebas dari sebarang tuduhan.

“Jadi saya tidak nampak sebab utama mengapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan semula,” katanya lagi.

 



Comments
Loading...