Tidak mustahil PAS keluar dari Pakatan Rakyat


Dap-Pas

PAS pernah keluar dari Barisan Alternatif pada tahun 2001

(Free Malaysia Today) – Tidak mustahil PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalau PKR dan DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, berdasarkan kepada sejarah, Pas pernah keluar daripada  pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2001.

Katanya semasa pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor  (gambar) sebagai presiden, parti, PAS telah menyatakan persetujuannya bahawa PAS tetap mengekalkan dasar perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan prinsip itu akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan DAP dalam pakatan BA.

“Akibat ketegasan PAS mempertahankan prinsipnya pada waktu itu, maka Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP daripada BA mulai 22 Sept 2001,” katanya.

Beliau berkata Pas perlu mengikuti ketetapan Majlis Syura Ulama yang mengenakan syarat penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Katanya lagi, Majlis Syura Ulama PAS mempunyai kuasa menentukan kedudukan parti itu sama ada untuk terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya, jika cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus ditentang sekutunya, PKR dan DAP.

“Ini kerana penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang mempunyai enam syarat termasuk tiada halangan daripada mana-mana pihak untuk PAS meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...