Mengapa Azmin sangat penting kepada PKR?


SF_20140410_Parliament_Azmin_Ali_walkout_02_840_559_100

Muda Mohd Noor, FMT

Azmin Ali sangat penting kepada PKR, beliau yang menggerakkan sokongan massa ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan enam tahun kerana salah guna kuasa pada 1999.

Sepanjang 15 tahun lalu sebaik Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno, Azmin menjelajah seluruh negara membela Anwar.

PKR diwujudkan untuk menghadapai pilihan raya umum 1999 denngan Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik sebagai Presiden pertama.

Azmin tidak mengenal penat lelah menghadapi BN untuk mewujudkan Malaysia yang baru. Malangnya rakan-rakan seperjuangan menghilangkan diri di tengah jalan.

Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam dan Zahid Md Arip antara yang menentang Azmin. Kawan telah bertukar menjadi musuh.

Namun tahun 2014 ini, Azmin menghadapi ujian yang lebih besar berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Beliau dicabar bagi jawatan Timbalan

Presiden PKR yang telah dimenangi sejak dua penggal lalu.

Pencabar pula bukan calang orang. Datuk Saifuddin Nasution Ismail meruoakan Setiausaha Agung PKR dana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar Selangor.

Tersilap langkah Azmin akan tersungkur.

Jika ini yang terjadi apakah masa depannya masih cerah atau pun sejarahnya hanya menjadi ingatan dan kenangan?

Betapa besar pun jawatan apabila kehilangan sukar untuk mendapatkan semula.

Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan ketika di puncak kuasa – baru enam tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Atau seperti Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR setelah gagal bertanding jawatan timbalan presiden.

READ MORE HERE

 

 



Comments
Loading...