Mahfuz gelar ahli parlimen Umno pondan


www.themalaysianinsider.com_images_uploads_mugshots_mahfuzomar400px_4

Umno tidak pernah membawa usul hudud, dan apabila isu hudud ini sering dilaporkan di media-media, Umno pula bersetuju

Adam Abu Bakara, Free Malaysia Today

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keihklasan Umno dalam soal hudud.

Ahli parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan  kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang mana menurutnya hanya berlakon dalam isu hudud ini.

“Sebelum ini, Umno tidak pernah membawa usul hudud, dan apabila isu hudud ini sering dilaporkan di media-media, Umno pula bersetuju,” ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Katanya lagi, sekiranya Umno ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud, sepatutnya mereka yang bawa usul ini ke parlimen.

“Ahli parlimen Umno pondan, sepatutnya mereka yang bawa usul hudud ini ke parlimen, sebabnya mereka adalah di pihak kerajaan. Mereka mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh pihak pembangkang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sekiranya mereka benar-benar ikhlas, sepatutnya, kerajaan persekutuan menggunakan media kerajaan seperti RTM untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan hukum hudud.

“Kerajaan boleh menjemput presiden PAS, wakil-wakil daripada PAS dan ulama-ulama di negeri Kelantan untuk menerangkan hukum hudud kepada rakyat di RTM,” ujarnya.

Menurutnya, perbincangan tersebut merupakan salah satu perbincangan ilmiah dan bukannya mempunyai pengaruh politik.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut memuji bantahan anti-GST yang diadakan semalam.

Menurutnya, perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka semalam merupakan satu perhimpunan yang cukup baik.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...