Seperti GST, Hudud perlu diperjelaskan


Hudud

Secebis Kewarasan

Walaupun hangat diperbedatkan, maklumat tentang Hudud amatlah sedikit. Kerana kurangnya maklumat, rakyat jadi keliru. Kekeliruan ini diburukkan lagi dengan pertembungan politik, dan perselisihan antara kumpulan manusia yang mahukan perhatian dan pengaruh.

Selain parti-parti politik yang sememangnya tidak mengenal erti kompromi, pertubuhan-pertubuhan berkaitan agama turut bertembung. Pertembungan ini bukanlah baru, tetapi lanjutan daripada perselisihan-perselisihan yang lalu – kalimah Allah, orang Islam masuk Gereja, orang Buddha masuk surau dan sebagainya.

Seperti sebelumnya, walaupun mendapat perhatian meluas, pengisian perdebatan cetek, dan hanya berkisar kepada sentimen, retorik dan prejudis perkauman dan agama. Untuk isu Hudud, ‘fakta’ yang diulang-ulang adalah hukuman potong tangan – seolah-olah itu sahaja kaedah hukuman Hudud. Keserasian Hudud dan potong tangan begitu kuat, hingga mengundang polimik perubatan, dari sudut etika dan sumpah pengamalnya, yang sebenarnya tersasar jauh dari isu, oleh Pertubuhan Perubatan Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan perubatan muslim. Polimik sebegini adalah sia-sia, dan tidak memberi apa-apa faedah.

Implikasi paling buruk adalah ketegangan agama dalam masyarakat. Apabila dua pihak berbalah berlatarkan sentimen dan prejudis, adab dan budi bahasa tidak lagi dipedulikan. Sensitiviti agama ditusuk, meninggalkan parut emosi yang penuh dendam dan memecah-belahkan masyarakat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...