Terengganu ikut Karpal tolak hudud


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_subkylatif_zps1fbe0edc

Subky Latif, Harakah Daily

TERENGGANU ikut siapa apabila Dewan Undangan Negerinya menolak cadangan melaksanakan hudud sedang ketika itu banyak lapisan Umno bercakap untuk menyokong pelaksanaan hudud?

Untuk kata ia mengikut Umno, hati Umno mula berbolak balik tentang hudud atau loghat orang Terengganu berbolok.

Jika ikutkan semangat setengah orang Umno mahu sekarang juga hudud itu dilaksanakan, atau ia seolah-olah lebih bersemangat daripada PAS. Dalam keadaan seperti kerajaan yang didukung oleh Umno di Terengganu patut tangguh dulu keputusannya, bukan tolak buat-buat.

Yang terus bersuara lantang tidak dapat menerima hudud apabila isu ini berbangkit semula baru-baru ini ialah mendiang Karpal Singh. Dia memang tegas dari dulu lagi tidak menerima hudud.Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak terima hudud. Sikap Karpal itu adalah sikap DAP setakat ini.

Karpal dan DAP adalah seteru Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang  datang dari  Karpal dan DAP mesti ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud.

Apa yang DUN Terengganu buat baru-baru ini ialah melaksanakan apa yang Karpal Singh dan DAP mahu. Kita boleh andaikan jika Karpal masih bersama kita sekarang maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap DUN Terengganu. Walaupun Karpal itu boleh dikira anti Umno tetapi dalam hudud sebelum dia menemui ajalnya, dia boleh berkira dengan keuptusan kerajaaan Terengganu itu.

Maka siapa yang DUN Terengganu ikut apabila dia menolak hudud baru-baru ini dari segi logiknya ialah Negeri Terengganu itu adalah mengikut Karpal Singh walaupun Karpal tidak pergi berjumpa dengan Umno Terengganu minta Terengganu minta mereka menolak cadangan yang dikemukakan oleh PAS itu.

Memang Umno selama-lama dari sikap rasminya adalah bersama Karpal menenanag hudud. Tetapi sekarang ini Umno menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga sentiasa menyuarakan sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi sedia jadi kuda  tungangan DAP.

Tapi dalam isu hudud PAS tidak dapat ditunggangi oleh Karpal, sebaliknya Umno tidak mahu dikata masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno Terengganu sedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.

Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno boleh jadi kuda tunggangan Karpal atau DAP, tetapi dalam isu hudud Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurang ikut Karpal

Jika kita tanya Umno, adakah mereka suka kepada Karpal, lalu jawab mereka, mereka tidak suka dan mereka tidak akan suka. Tetapi dalam is hudud seperti yang ditunjukkan di DUN Terengganu  itu mereka sudah buktikan bahawa mereka adalah sama dengan Karpal.

Bagi PAS memang dari mula telah tahu akan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya. Hudud hanya ada pada  Islam dan ia telah lebih awal sebahagian dari akidah syariat Nabi Musa AS dan ia juga adalah syariat Nabi Isa  al-Masih.

Orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka tetapi mereka juga menolak hukum yang disyaiatkan oleh Nabi Isa al-Masih.

Orang Islam juga ramai yang sudah sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sejalan dengan Karpal, baik Karpal ada atau tidak ada.

 



Comments
Loading...