Adun Umno dakwa perserta bantah GST di Dataran Merdeka dibayar


anti-gst-rally

Menurut maklumat yang diberikan ada sesetengah daripada peserta himpunan tersebut telah dibayar wang sebanyak RM100 ringgit bagi menghadiri perhimpunan tersebut

Adam Abu Bakara, Free Malaysia Today

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias mendakwa segelintir peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka Khamis lalu dibayar.

Menurut maklumat yang diberikan kepada saya, ada sesetengah daripada peserta himpunan tersebut telah dibayar wang sebanyak RM100 ringgit bagi menghadiri perhimpunan tersebut,” dakwanya.

Beliau yang juga Adun Sungai Burong menambah, perhimpuan yang dilakukan pada hari pekerja itu hanyalah ruang yang digunakan pihak tertentu bagi mencapai cita-cita dan kepentingan peribadi dengan berselindung di sebalik nama himpunan.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kebanyakan orang awam yang menyertai bantahan tersebut tidak faham mengenai GST bahkan tidak mengetahui apa itu sebenarnya GST.

“Majoriti mereka yang menyertai bantahan tersebut tidak faham apa itu GST, bahkan makna sebenar bagi GST pun mereka tidak tahu,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh FMT melalui telefon.

Kata Shamsudin lagi, mereka telah dieksploitasi oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan, dengan menggunakan GST sebagai alasan selain menghasut orang awan untuk membenci kerajaan yang telah banyak membantu rakyat.

“Pada perhimpunan tersebut, pihak pembangkang kerajaan bukannya menerangkan makna sebenar GST kepada rakyat, tetapi menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dengan menerangkan fakta-fakta mengenai GST yang telah dimanipulasi oleh mereka,” kata Adun Sungai Burong itu.

Sekitar 20, 000 telah menghadiri perhimpunan anti GST itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...