Jangan gugat Pakatan, PAS


img705.imageshack.us_img705_2329_drfaroukmusa

Hudud menggugat kestabilan Pakatan Rakyat

K. Pragalath, Free Malaysia Today

PAS diingatkan agar tidak mengganggu gugat kesatuan politik Pakatan Rakyat ekoran hasrat parti Islam tersebut untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.

“Sekiranya PAS masih berkeras, percayalah Barisan Nasional (BN) akan terus memegang tampuk kuasa pemerintahan untuk 50 tahun akan datang,” kata pengarah Islamic Renaissance Front, Dr Ahmad Farouk Musa.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab dalam forum terbuka bertajuk Hudud di Malaysia yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Pandangan beliau turut dikongsi bersama oleh hadirin dan ahli panel lain.

Aktivis sosial Haris Ibrahim yang hadir berkata:  ”Anda memperoleh undi  kami kerana tiada pilihan. Bersedialah untuk menanggung akibatnya sekarang.”

Isu hudud menjadi bahan bual bicara ekoran tindakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang menyatakan kesediaan untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut.

Di peringkat kerajaan pusat, satu jawatan kuasa teknikal telah ditubuhkan untuk meneliti isu ini.

Ahmad mengumumkan bahawa dua rang undang-undang persendirian akan dibentangkan dalam sesi parlimen seawal bulan Jun agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dapat dilaksanakan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...